Ada beberapa syarat yang bank akan tengok sebelum lulus loan kereta anda. Setiap bank mungkin mempunyai kriteria yang sedikit berbeza, namun berikut adalah 5 syarat umum untuk kelulusan permohonan pinjaman kenderaan. Panduan ini juga berguna bagi anda yang ingin mendapatkan full loan kereta.
1. Kiraan Gaji untuk Full Loan Kereta
Cara Pertama:
- Gaji Bersih – Komitmen Bank = Jumlah Bersih
- Jumlah Bersih / 3 = Ansuran Bulanan Kereta
- Contoh: Azmi mempunyai gaji bersih RM1800 dan komitmen bulanan RM300 (PTPTN). RM1800 – RM300 = RM1500. RM1500 / 3 = RM500. Jadi, Azmi boleh membeli kereta dengan ansuran bulanan RM500 sahaja.
Cara Kedua:
- Gaji Bersih – Komitmen Bank – Ansuran Kereta Baru = Jumlah Bersih
- Minimum Jumlah Bersih: RM1000-RM1500
- Contoh: Gaji Bersih RM1800 – PTPTN RM300 – Ansuran Bulanan Kereta Baru RM500 = Jumlah Bersih RM1000. Loan kereta Azmi boleh lulus kerana masih ada baki RM1000.
Cara Ketiga:
- Gaji Bersih – RM1000 (Kos Sara Hidup) – Komitmen Bank = Ansuran Bulanan Kereta
- Contoh: Gaji Bersih tolak RM1000 (kos sara hidup) dan semua komitmen bank. Baki adalah ansuran loan kereta baru anda. Kos sara hidup berbeza mengikut kawasan dan bank.
Nota: Gaji minimum yang ditetapkan adalah RM1500. Jika kurang, anda memerlukan penjamin. Bagi yang bujang, ibu atau bapa yang mempunyai pendapatan tetap layak menjadi penjamin. Bagi yang sudah berkahwin, pasangan boleh menjadi penjamin.
2. Rekod CCRIS dan CTOS untuk Full Loan Kereta
- Rekod CCRIS: Rekod pinjaman yang melibatkan bank.
- Rekod CTOS: Rekod pinjaman dengan syarikat kredit seperti AEON, SINGER, COURT MAMMOTH.
- Tiada Tunggakan: Idealnya, tiada tunggakan dalam 12 bulan. Jika ada, maksimum 2 bulan tunggakan yang tidak melebihi tiga kali dalam setahun.
- Dapatkan Laporan: Boleh didapati secara online di laman web Bank Negara (https://eccris.bnm.gov.my/) atau CTOS (https://ctosid.ctos.com.my/).
Nota: Untuk blacklist dan AKPK, perlu diselesaikan dahulu sebelum memohon pinjaman.
3. PTPTN dan Kesan kepada Full Loan Kereta
- Tunggakan PTPTN: Buat reschedule atau bayar amaun tertunggak.
- Hubungi Bank: Hantar dokumen kepada saya untuk bertanya kepada bank.
- Reschedule: Pergi pejabat PTPTN dan buat permohonan. Keluarkan duit dari KWSP Akaun 2 untuk bayaran lump sum 25% dari total pinjaman.
Nota: Elakkan reschedule. Gunakan duit KWSP dan simpanan untuk bayar baki PTPTN tanpa memohon reschedule.
4. Lesen Memandu
- Wajib: Lesen memandu diperlukan dalam permohonan pinjaman kenderaan.
- Pengecualian: Ada bank yang tidak memerlukan lesen memandu, tetapi lebih baik ada lesen sekurang-kurangnya lesen “P”.
5. Dokumen Lengkap untuk Full Loan Kereta
- Penjawat Awam: Slip gaji 3 bulan.
- Pekerja Swasta: Slip gaji 3 bulan, penyata bank 3 bulan, penyata KWSP. Jika ada OT, sediakan dokumen bagi tempoh 6 bulan.
- Peniaga: Rekod daftar perniagaan SSM sekurang-kurangnya 2 tahun dan penyata bank 6 bulan terkini.
Nota: Jika bekerja dan menerima gaji tunai, masukkan duit ke dalam bank pada tarikh sama setiap bulan selama 6 bulan.
Diharap artikel 5 syarat lulus loan kereta ini memberi manfaat kepada anda, terutama dalam mendapatkan full loan kereta. Semuanya bergantung kepada profil kewangan anda dan scoring yang berbeza mengikut bank.
Untuk maklumat lanjut mengenai full loan kereta, hubungi saya di talian 019-3377714 atau klik butang WhatsApp di bawah.